“Dalam diri manusia, ada segumpal daging. Kalau baik daging itu, maka baiklah dirinya. Tetapi kalau buruk daging itu, maka buruklah dirinya. Daging itulah yang namanya HATI!

Di Semboyan, kami percaya bahawa hati adalah segala-galanya


hati boleh membawa kepada kezaliman


hati boleh membawa kepada penindasan


hati boleh membawa kepada kebinasaan!


TETAPI…


Hati boleh membawa kepada kebaikan


hati boleh membawa kepada kebenaran


hati boleh membawa kepada kejujuran


hati juga boleh membawa kepada kesepakatan

Setiap manusia mempunyai dua mata, dua telinga, dua tangan dan dua kaki


TETAPI yang membezakan setiap manusia dengan manusia yang lain adalah HATINYA!


Di Semboyan, kami percaya hati-hati kita semua perlu dihubungkan dengan kasih dan sayang

Di Semboyan, kami percaya bahawa orang-orang yang tertindas memerlukan pembelaan sewajarnya


Di Semboyan, kami percaya penindasan Ah Long perlu dibanteras


Di Semboyan, kami percaya jika pihak berkuasa tidak melaksanakan tanggungjawabnya, kami bertanggungjawab untuk turun padang!


Di Semboyan, kami percaya bahawa maruah tidak boleh diukur nilainya wang dengan ringgit


Di Semboyan, kami percaya kebahagiaan yang sebenar adalah apabila kita membuat orang lain merasa bahagia

Impian kami, ingin membina jambatan antara kebatilan dan pejuang kebenaran


Impian kami, suatu hari nanti masyarakat akan tinggal di sebuah negara yang tidak akan dinilai dan dipisahkan oleh bangsa dan agama


Impian kami, suatu hari nanti Semboyan akan menjadi mata dan telinga kepada masyarakat

KITA JAGA KITA

Harapan kami, masyarakat tidak lagi terperangkap dalam kezaliman dan penipuan


Harapan kami, perselisihan bangsa akan berubah menjadi TALI PERSAUDARAAN!


Harapan kami, masyarakat hari ini dapat hidup bahagia dan harmoni

Harapan kami, anak-anak muda akan bersama-sama mengambil bahagian dalam perjuangan Semboyan


Demi sayang kepada kebenaran dan perjuangan,


Demi kasih kepada kedaulatan undang-undang,


Demi cinta kepada agama, bangsa dan negara…

“GERAK AKU, GERAK KEBENARAN,

LANGKAH AKU, LANGKAH HARAPAN,

GERAK LANGKAHKU, SEMBOYAN PERJUANGAN.”

Demi cinta, kasih & sayang

Yusuf Azmi


SAHABAT, TAK KAN KITA NAK DIAM JE…

Semboyan Malaysia membuka Sahabat Semboyan secara PERCUMA. Penyertaan anda amat dialu-alukan. SAHABAT SEMBOYAN ini terbuka kepada semua kaum, agama dan bangsa. Sebagai Sahabat Semboyan, anda akan;

​Mempunyai akaun Sahabat Semboyan

​​Membeli produk dan cenderamata Semboyan

​​Berpeluang menjana pendapatan sebagai ‘Affiliate’ (akan datang)

​Daftar dan sertai acara anjuran Semboyan (akan datang)

​Menyertai keahlian Semboyan Fighter (akan datang)

​Menyertai Koperasi Pembanggunan Ekonomi Semboyan Malaysia (akan datang)

Menyertai Semboyan Warrior Silat Olahraga (akan datang)

TIADA ALASAN UNTUK ANDA TIDAK MENDAFTAR HARI INI!

PERCUMA!